Rawatan Batu Karang
BATU KARANG
Pemendapan kepelbagaian zat kimia di dalam air kencing pada keadaan-keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal. Kristal ini terbentuk hasil daripada zat-zat yang sepatutnya larut dan lama kelamaan ia akan bersifat Nydus (punat).
Nydus yang terbentuk ini jika tidak dialirkan keluar akan membesar dan bahan-bahan lain akan bertompok di atasnya yang menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit batu karang. Pada asasnya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain yang akhirnya membentuk batu. Bagaimanapun, ia bergantung kepada zat-zat kalsium, magnesium, fostat dan lain-lain lagi. Perkadaran ( proportion ) setiap batu karang adalah berbeza-beza di mana sesetengahnya terdapat banyak magnesium, dengan kompisisi yang berbeza dan akhirnya membentuk batu karang. Selain itu sesetengah batu karang mengandungi banyak kalsium dan ia dapat dilihat melalui sinar X.
Namun bagi batu karang yang terhasil daripada asid urik ia mungkin tidak dapat dilihat. Hakikatnya, ramai tidak mengetahui bahawa kewujudan batu boleh terjadi dalam mana-mana bahagian tubuh manusia, namun kekerapan yang sering berlaku ialah pada ureter (saluran kencing ) dan saluran buah pinggang yang lebih dikenali sebagai batu karang.
Jika ia terletak dalam pundi hampedu, kita memanggilnya batu hempedu di mana kandungan kimianya mempunyai sedikit persamaan. Kewujudan penyakit ini telah dikenal pasti sejak berkurun yang lalu di mana ia ditemui pada zaman Mesir purba iaitu dalam jasad mumia.
Umumnya, penghidap akan merasa sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang. Bagaimanapun, bagi mengenal pasti samada seseorang itu menghidap penyakit batu karang, ia bergantung kepada tanda-tanda yang dihidapi antaranya;
• Pesakit akan merasa kesakitan seperti berdenyut-denyut, berat dan sakit melilit yang amat sangat seolah-olah hendak bersalin.
• Loya-loya, hendak muntah dan berpeluh-peluh
• Serangan yang datang secara tiba-tiba.
• Tidak boleh kencing ( bergantung di mana letaknya batu karang tersebut )
• Kencing berdarah.
Informasi
Perkhidmatan Mengurut Lelaki & Perempuan Rumah ke Rumah di sekitar di Pulau Pinang.
Alamat
No 6, Lintang Nelayan 3, Taman Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau
Pulau Pinang
013-2012621
mohamadhafiszahari@gmail.com