Urutan Sakit Kepala @ Migrain
Sakit kepala adalah satu keadaan yang boleh dialami oleh ramai individu. Keadaan ini boleh terjadi di seluruh bahagian kepala, atau di bahagian tertentu sahaja. Salah satunya ialah sakit yang berlaku di bahagian belakang kepala kita. Sebenarnya, banyak masalah atau keadaan kesihatan yang berbeza-beza yang memungkinkannya menjadi penyebab kepada sakit kepala tersebut. Rasa sakit yang muncul dan juga simptom yang dialami mungkin berbeza-beza.
Jika kesakitan yang muncul akibat sakit kepala tegang:
- Rasa sakit yang sangat tidak selesa
- Rasa kepala seperti ditekan bermula dari bahagian depan kepala sehinggalah ke bahagian sisi dan belakang kepala
- Kulit kepala, leher dan otot bahu terasa lemah
Jika kesakitan yang muncul akibat migrain:
- Rasa berdenyut-denyut yang cukup kuat di bahagian belakang kepala
- Biasanya akan disertai dengan mual dan muntah-muntah
- Penglihatan akan sedikit terganggu
- Anda akan menjadi semakin sensitif terhadap cahaya, bunyi, dan aroma tertentu
- Otot menjadi lemah dan kulit menjadi lebih sensitif
- Keadaan ini akan berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari
- Rasa sakit yang anda alami mungkin akan menjadi semakin buruk jika kita melakukan aktiviti fizikal yang cukup berat.
Informasi
Perkhidmatan Mengurut Lelaki & Perempuan Rumah ke Rumah di sekitar di Pulau Pinang.
Alamat
No 6, Lintang Nelayan 3, Taman Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau
Pulau Pinang
013-2012621
mohamadhafiszahari@gmail.com
No comments to show.