Mengurut Angin Medu , Gastrik & Anxiety

Angin Medu & Gastrik berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang tinggi dalam tubuh juga akan menyebabkan urat-urat/usus pengidapnya lemah/kembang dan ini memberikan ruang kepada angin kotor untuk mendudukinya. Faktor keturunan adalah pendorong utama kepada penyakit ini. Pada umumnya, pengidap sakit ini akan selalu mengalami masalah kembung perut, lemah badan, hilang semangat dan seumpamanya. Angin kotor yang terperangkap di dalam usus akan mengakibatkan sembelit dan rasa senak diperut. Angin kotor yang menyongsong ke atas, akan menyebabkan pedih ulu hati dan mengganggu sistem pernafasan seperti batuk berpanjangan dan sesak nafas. Apabila ia naik ke kepala, pengidap sakit ini akan mengalami sakit kepala, pelupa, pemarah, murung, sukar tidur, selalu mengantuk atau berserabut tanpa sebab. Angin kotor yang menyongsong ke bawah akan masuk ke dalam sistem pembiakan. Bagi kaum wanita, mereka berkemungkinan besar akan mengalami senggugut angin dan boleh menyukarkan kehamilan serta ketidakselesaan. Bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengalami sakit uluran, di mana buah zakar mereka akan membesar dan kebiasaannya besar sebelah sehingga boleh mencapai saiz sebesar sebiji buah kelapa. Apabila angin kotor tersebut masuk ke dalam urat, sistem peredaran darah pesakit akan terganggu. Segala zat-zat makanan dan oksigen yang di bawa oleh darah tidak akan sampai dengan sempurna kepada organ-organ pengidap sakit ini. Oleh kerana itu, seluruh sistem tubuh mereka akan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Mereka juga akan lebih terdedah kepada penyakit angin ahmar atau lumpuh dan pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya.